Thursday 14 May 2015

Mutika Hadis

Kuliah Mutika Hadis Jld.1 bersama Ust Zainal Masri.

Intipati Hadis ke-61.

⌛Hadis perihal perjalanan roh orang soleh menuju kepada Allah.

⌛Roh orang yang beriman dan soleh itu harum baunya. Disambut dan disapa disetiap tingkatan langit oleh para nabi dan malaikat.

⌛Illiyin adalah tempat berkumpulnya seketika roh menghantar dan menyimpan catatan amal kebaikkan diatas langit ke-7. Kemudian dikembalikan semula ke bumi bersama jasadnya semula.

⌛Walaubagaimana pun , bagi orang yang tidak beriman. Hitam rohnya, disapa dengan lafaz wahai jiwa yang jahat oleh malaikat maut. Roh berkenaan berselerak ke serata penjuru jasadnya.

⌛Lantas disentap rohnya utk dikeluarkan oleh malaikat maut dlm keadaan yg kedasyatan sakitnya.

⌛Bau yang busuk sebusuk2nya pada roh itu disaluti kain kasar utk dibawa naik ke langit. Disapa "roh yang jahat ini roh siapa? " tidak dibukakan pintu langit buat roh2nya tidak beriman ini. Nauzubillah.

💡Sijjin adalah tempat simpanan suratan amal buruk, maksiat dan tidak beriman.

💡Maka kembali semula roh yang jahat berbau busuk itu kepada jasadnya utk menerima azab kubur.

💡Tanda seseorang itu takut kepada Allah...
1. Dapat pertunjuk dan hidayah Allah.
2. Dapat rahmat Allah
3. Dapat redho Allah

💡Kubur itu adalah tempat alam singgahan yang pertama di alam kekal 'barzah'.

💡Jika singgahan pertama ini memperolehi keadaan huru hara,  maka singgahan seterusnya akan lebih lagi azab dan huru hara lagi.

💡Bersedialah dengan bekalan amal baik bagi menjadikan singgahan2 kita kelak adalah singgahan nikmat. Allahu Rabbi.

💡Jagalah Kualiti Solat Kita.

Intipati Hadis ke-62

✏Kita tidak akan ketawa bilamana kita mengingat peristiwa kedasyatan azab dan roh dipembaringan.

✏Ketahuilah,  perkuburan itu sering memberi peringatan kepada kehidupan ini.

✏Alam perkuburan itu boleh menjadi seluas mata memandang,  dan boleh juga ianya menjadi sesempit tempat hingga berselisih antara rusuk kanan ke rusuk kiri. Nauzubillah.

✏Allahu Rabbi... jauhnya kita yang alpha dan bekalan kita.

✏Ya Allah semoga pencatat,  pembaca,  pengongsi dan pengamal ilmu ini sama2 diberkati Allah. -abuUwais

No comments:

Post a Comment