Wednesday 6 May 2015

Kerana Mata

Memasuk majlis ilmu dengan zina Mata
.
Di masjid itu sedang ada kuliah agama yang disampaikan oleh Sayyidina Uthman ibnu Affan r.a. Ketika dalam perjalanan, seorang sahabat melihat seorang wanita yang jelita yang berada di tepi jalan.
.
Lalu beliau pun masuk ke dalam masjid, ketika itu Sayyidina Uthman ibnu Affan r.a. sedang mengajar. Lalu kata Sayyidina Uthman, “Telah masuk seorang lelaki yang terdapat kesan zina di matanya.”
.
Sahabat tu jadi pelik kerana bagaimana dia tau lalu berkata dlm hatinya “Telah datang ke wahyu selepas wafat Rasulillah?"
.
Lalu Uthman ibnu Affan r.a. menjawab isi hatinya dengan mengatakan “Bukan, itu bukan wahyu, itu firasat orang mukmin.”
.
Pengajaran
1- Seorang mukmin mempunyai firasat yg tepat kerana mereka lihat dengan Nur Allah
2 - Begitu juga ada hamba yg dikurniakan karomah yg mulia seperti dapat melihat perkara yang luar biasa. Dapat melihat orang yang berdosa dengan wajahnya yang gelap..Dapat menghidu dosa seorang itu.
3 - Hanya melihat wanita yg cantik sudah diambil Berat oleh sahabat..Apakah lagi di zaman kini?

No comments:

Post a Comment