Saturday 28 March 2015

Kuliah Dhuha Ustaz Fawwaz Mat Jan

Kuliah Dhuha Ustaz Fawwaz Mat Jan mengenai "Orang beriman akan diUji"

Firman Allah SWT:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Daripada Abu hurairah, Rasullah Saw brsbda:
"Orang mukmin diibaratkan pokok muda lagi lembut yang beralun alun apabila ditiup angin (bala/ujian) dan orang yang bukan mukmin umpama kayu jati yang tetap teguh"

Daripada hadis di atas menunjukkan Orang Mukmin akan sentiasa diUji oleh Allah manakala orang kafir tidak akan diUji sepertimana Orang Beriman diUji. Sebab itu Allah melebihkan orang kafir di muka bumi tetapi tidak di akhirat.

Ujian akan membuat seorg mukmin itu hebat dengan kesabaran. Ujian kepada Orang Mukmin menandakan tanda sayangnya Allah kepada hambaNya. Beruntunglah bagi mereka yang diUji.

Terdapat 3 Jenis Ujian. Satu jenis untuk orang kafir dan dua jenis untuk orang mukmin.Ujian kepada orang Kafir adalah dalam bentuk Bala. Dua jenis Ujian kepada orang mukmin ialah Kaffarah (Ujian sebagai kesalahan untuk mnghapus dosa) dan Ibtila' (Ujian untuk dinaikkan darjat)

Abu Hurairah asal Yaman. Anak yatim dan miskin. Kaya bila kawin anak janda kaya. Beza umur sngan Rasulullah Saw 32tahun. Jumpa baginda ketika 7H. meninggal dunia 80tahun.

Semoga Bermanfaat. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment