Thursday 30 April 2015

PERUMPAMAAN

LATIHAN PANDU ARAH.

Latihan ini bertujuan untuk memudahkan pegawai kadet menggunakan PETA dan KOMPAS untuk sampai ke destinasi yang telah ditetapkan oleh Jurulatih. Mereka akan diletakkan di lokasi yang mereka sendiri tidak tahu tempat sebenar mereka.

Tanpa penggunaan PETA dan KOMPAS yang baik mereka tidak akan sampai di destinasi yang ditetapkan dan kemungkinan sesat.

Sama juga seperti kehidupan sebagai seorang manusia yang beragama ISLAM. Tanpa ALQURAN dan AS SUNNAH kita mungkin tidak kembali ke destinasi sebenar kita di sana; SYURGA.

Sabda Rasulullah SAW :
"Telah aku tinggalkan kepada kamu semua 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang dengannya, Kitab Allah (AlQuran) dan Sunnahku."
(Hadis riwayat Muslim)

Hidup ini penuh perumpamaan. Lihat dan renung sahaja sekeliling kita yang kita pernah pelajari. Dan ambil pengajaran.

Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya telah Kami buatkan bagi manusia dalam Al Quran ini setiap macam perumpamaan supaya mereka dapat pelajaran."
(Surah Az Zukhruf, 57)

Semoga Bermanfaat

No comments:

Post a Comment