Thursday 28 August 2014

4 Cara Ibadah yang perlu dielakkan.

4 Cara Ibadah yang perlu dielakkan.

1) Orang cerdik tetapi tidak alim.

Ertinya orang ini berilmu, tetapi tidak menggunakan ilmu ke jalan Allah dengan beribadah.

2) Orang alim tetapi tidak beramal.

Ertinya orang ini mempunyai ilmu tentang beribadah, tahu solat-solat sunat, tetapi tidak mahu menunaikannya dan beramal dengannya.

3) Orang yang beramal tetapi tidak ikhlas.

Ertinya orang ini melakukan ibadah dengan terikut-ikut dengan keadaan orang sekeliling. Sebagai contoh, si fulan melihat sahabat-sahabat menunaikan solat qabliah, maka dia beranggapan dia juga perlu melakukannya walaupun pada mulanya hatinya merasa berat untuk melakukannya.

4) Orang yang beramal tetapi tidak takut akan Su'ul Khatimah.

Ertinya orang ini melakukan ibadah dengan tidak takut akan pengakhiran hidupnya. Merasa cukup dengan ibadahnya, tidak perlu menambah perkara2 sunat yang lain. Tidak bersiap sedia untuk mendapatkan Husnul Khatimah.

Su'ul khatimah bererti pengakhiran hidup yang buruk, Husnul Khatimah bererti pengakhiran hidup yang baik.

Yang baik datang dari Allah, yang salah datang dari saya sendiri. Moga bermanfaat.

(Masjid Al-A'la , 29 August 2014, Jumaat)

No comments:

Post a Comment