Thursday 7 August 2014

TAJUK : MUSLIMAH DIPIKAT


Assalamualaikum .

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas hari ini.

Ada baca tajuk di atas ?

Muslimah dipikat.

Eh. Muslimah yang menutup aurat pun kena usha dengan lelaki jugak ke?
Ehem . Cik Adik sekalian. Muslimah itu tetap perempuan. Okay?
Cuma cara jejaka di luar sana cuba memikat
si Muslimah ini berbeza dengan wanita lain.
Lebih tepat, cara yang lebih Islamik.

" Ehem. Cik adik bertudung labuh. Assalamualaikum . Tak jawab salam dosa. "

" Assalamualaikum ukhti. Ana tertarik dengan perwatakan ukhti yang solehah. Boleh kita berkenalan dengan lebih rapat ?
Nak number phone boleh? "

Eh . Melampau .

Baling dengan selipar jepun hijau kesayangan.

Itulah dia antara dialog yang sering digunakan untuk memikat si Muslimah.
Namun tak kurang juga ada yang hanya berani merenung dari jauh. Dan kemudian ketika berselisih, mereka berpura-pura melanggar kita. ( Belum tengok lagi kegarangan akhowat menjelma menjadi Super Muslimah abad ke 21 ) He he he . ( Gelak jahat seperti gelak Encik Goblin dalam cerita Encik Harry Potter )

Bila dah terlanggar, pura-pura minta maaf dan cakap

" Eh, tak nampak tadi!"

Sedangkan dia nampak si Muslimah kat depan. Banyak eksyen la cik Abang.
Rasa nak baling dengan meja kat ruang tamu kat rumah pun ada . Hiperbola sungguh.

Bila mereka rasa tidak berjaya memikat dan memiliki gades itu, mulalah mereka mengeluarkan frasa ayat yang sumbang dan sakit didengar oleh telinga.

" Eleh, macamlah cantik sangat. "

" Ingat diri tu solehah sangat sampai tak nak layan orang. "

Wahai Cik Abang Romeo, bukanlah muslimah ini solehah sangat tapi kami ini hanya terhad untuk orang tertentu. Kami tidak murah. Kami limited edition punya edisi. Allah sudah simpan kami untuk yang lebih berhak. Jadi tidak salah rasanya kami jaga diri kami baik-baik .

" Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat. "

Cik Rosalinda Ayamor menyampuk.
Amboi ! Pandai juga Cik Rosalinda kita yang cantik lagi menawan. Ehem.

Namun ada juga yang jenis lebih suka berdiam diri setelah meluah perasaan.
Dan jangan tak percaya ada yang jenis sungguh berani tahap kritikal.
This is true story . (dalam nada Misteri Nusantara)
Si Muslimah lalu dengan rakan-rakannya .
Ada seorang pelajar satu sekolah dengannya mengucapkan selamat tengahari .
" Selamat tengah hari juga. " Si Muslimah menjawab sambil tersenyum.
" I Love you . " Pelajar lelaki itu berteriak sehingga didengari oleh pelajar lain.
Eceh.

Beraninya engkau.
Memang mudah mengucap kata cinta. Buktikannya teramatlah payah.
Si Muslimah hanya tergamam, terdiam dan meneruskan perjalanan sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Ish Ish ish. Budak zaman sekarang (Dalam gaya suara nenek dan datuk membebel)
Saya yakin hampir semua muslimah menghadapi perkara yang sama walau tidak semua. Mereka pasti pernah berhadapan dengan situasi ini. Dicop sombong dan bajet bagus apabila tidak melayan permintaan jejaka romeo yang inginkan number handphone , yang mengajak berpacaran dan yang lainnya. Relax hawa, biarkan mereka melabelkan kita begitu.

Mahalkan dirimu, kita kan hanya terhad kepada yang tertentu. Jangan biarkan bakal suami kita nanti dapat cinta yang secondhand daripada kita.
Jika ada yang memikat dan masih tidak berputus asa untuk berbulan lamanya .
Cakap padanya .

" AKU ADA WALI. "

Simple. Dan itu sudah cukup menunjukkan kita wanita yang bagaimana. Sesuai untuk dijadikan kekasih biasa  yang diusung ke sana sini tanpa sebarang ikatan yang sah atau seorang isteri yang sah dalam melayari bahtera rumah tangga. 
Jika si dia benar-benar serius, dia akan pergi berjumpa si wali.

Okay. 

So, para muslimah yang cantik menawan dan osem . Ehem.

Jika dipikat, mahalkan dirimu. Hijab itu sudah menunjukkan bahawa dirimu mempunyai benteng dari kemaksiatan.
Jangan cemarkannya.

Dipikat atau digoda, jangan lupa sematkan dalam hati " Aku Allah yang punya. Ini ujian bagiku. Aku harus tegas "
Bertegaslah di tempat yang sesuai. Bertegas dengan lelaki romeo yang cuba menggoda.

Walaupun mukanya sehensem Zayn Malik , jangan cair dan melting segala.
Tegas . Ingat itu. 

Cinta selepas nikah itu lebih indah. Aturan Allah semuanya sempurna . 

Walau cinta itu fitrah, jangan sampai ia menjadi musibah dan fitnah(khas tuk kaum hawa) 

No comments:

Post a Comment