Saturday 2 August 2014

Suatu Kisah Cinta

1 pagi yang indah

Pagi yang indah.Putri sudah tiba di balai ketibaan KKIA.terdegup kencang jantung menanti ketibaan tunang tercinta yang sudah 3 tahun tak bersua.Tunang dia belajar kat oversea.Amik Ijazah kat sana bahagian kedoktoran.Putri datang bersama kedua orang tuanya dan bakal mertuanya.
Putri menanti penuh debaran.20 minit kemudian,…

“ Erm..Ummi,putri nak g tandas jap.”

Ummi si Putri just mengangguk je.Putri pun berlalu g tandas.

Putri kembali semula ke balas ketibaan ,dari jauh dia melihat ada seseorang sedang berbual-bual dengan parent dia dan bakal mertua dia.Lelaki.

“ Haidar ke tuh?”Bisik hatinya.

Putri mempercepatkan langkah.Akhirnya sampai jugak dia di sisi Umminya.Ummi berpaling melihat putri.Putri dekatkan muka dia kat Ummi.

“sapa tu Ummi..?”soalnya separuh berbisik.

“Putri tak kenal?kan haidar ni…”jawab Ummi lantang.

Semua kat situ memandang putri.Putri mengerut dahi.Haidar dan putri berpandang mata.Aiseh..
Haidar terpana plus terkejut.

“Putri…?You ni putri?Putri Ain Farhana?tunang i?”soal haidar.

Putri mengerut dahi.Rasa nak pengsan tengok haidar yang berdiri di hadapannya dengan jeans paras lutut dan t.shirt kelabu.Gaya macam mat salleh tiruan.Akhirnya Putri amik tempat duduk di kerusi yang ada dekat situ.Tensen tetiba…

Haidar pulak masih berdiri.memandang putri sambil membulat mata.Sungguh terkejut dengan penampilan putri saat itu.Bertudung labuh,berjubah dan paling terkejut sekali dengan purdah yang sama warna dengan busananya.semua serba hitam.Hanya matanya saja kelihatan.
Suasana jadi hening tetiba,Nasiblah bapak mertua putri merangkap ayah haidar membuka bicara time tuh.

“Oklah,jomlah kita pegi makan dulu.Lama dah kan kita tunggu haidar ni tadi.apa kata kita makan dulu…”ajak ayah haidar.

Semua kat situ mengangguk je.Ummi menarik tangan putri yang masih termanggu.Dorang pun keluar dari KKIA dan berjumpa semula di sebuah restoran terkemuka di Bandar KK.

Dekat restoran Putri Dan Haidar duduk di meja yang sama then parent dan bakal mertuanya pulak duduk tak jauh dari meja dorang.Putri diam je.Haidar pun startlah bersuara …

“Assalamualaikum cinta..hik3”haidar separuh mengusik.Putri yang sejak tadi diam tetiba tertawa kecil.nampak dari matanya yang dia tengah senyum.Kelakar dengan cara haidar memulakan bicara.Haidar pun menyambung bicara lagi…

“Hehe..I tengok citer tu dekat youtube,ape tajuk die..ermm tujuh cinta petala?”eh tak ingat dah..”

“Tujuh petala cinta..”balas Putri selamba.

“Ha..ye,tu la tajuk die.tujuh petala cinta.hehe..”Jawab haidar sambil memandang ke sekeliling.menunggu2 makanan yang diorder sampai.Putri pulak kembali mendiamkan diri.Suasana hening sekali lagi.

Haidar membuka bicara sekali lagi.

“Putri..sejak bila u macam ni?erm..i mean sejak bila u pakai pudrah?”soal haidar mula seyes.

Putri menoleh.

“purdah..”jawabnya ringkas..

“Err..ye,ye..purr..dah.. sejak bila?” terpeleot bicara pulak dah..malu haidar di buatnye.

Putri membetulkan tudungnya pastu menjawab.

“Dua tahun lepas…”jawabnya ringkas lagi.

Haidar mengangguk.Sesekali dia melirik mata melihat si tunang yang ayu duduk di hadapannya.cantik.masih cantik dan anggun seperti dulu.Walau hanya mata yang kelihatan tapi keayuan putri terserlah.3 tahun tak jumpa rasa mimpi pulak melihat tunang tercinta ada di depan mata.

Putri yang menyedari diperhatikan mengerut dahi.Tetiba dia bersuara..

“Awak macamana?..”soal putri serius.

Haidar tersenyum dan menjawab.

“Alhamdulillah..i baik.macam yg u Nampak ni.Cuma tu la I tak macam u,u dah banyak berubah.i pulak masih macam gini malah lebih teruk agaknya dari dulu.sebab I rasa dulu I tak teruk..hehe”Jawab haidar separuh berseloroh.

Putri memandang haidar .seyes.

“Saya kenal tunang saya.penampilan tak mewajahkan diri awak sebenar ,haidar.Cuma tak tahulah kenapa awak pakai macam ni pulak hari ni…rasanya Malaysia ni takdela panas sgt sampai awak pakai mcm ni..neraka lagi panas..”Putri bersuara panjang lebar.sindir plus perli.

“ Yela…sorry sayang..hik3” balas haidar berseloroh lagi.

“jangan nak sayang2 sgt..nak ni?” marah putri sambil menunjukkan buku limanya.Haidar tergelak melihat putri.

“Garang…macam dulu jugak..”bisik hatinya.

********************************************

Sebulan berlalu.keluarga haidar dtg ke rumah putri untuk berunding tentang walimah putri
dan haidar.Majlis di rancang serba rapi dan sederhana pada 2 bulan lagi.

Hari ni putri dan haidar mengikuti kusus pra perkahwinan.Ramai jugak yang ikut serta dalam kursus kali ni,jadi tak kekok sgtla putri sebab ada ramai muslimah yang lain join sekali.Haidar jela yang rasa lain,dah la dia tak biasa suasana mcm tu.kena pakai smart mcm pegi keja,dia slalu serabai je…Paling die hot semalam putri SMS suruh die potong rambut dia yang cun dah panjang menutup mata tu..Tapi die tak cut pon,hinggalah pagi bertemu di tempat kursus putri tarik muka masam tengok dia.

Kursus berjalan lancar.selesai petang.Haidar tunggu putri di depan pintu.Ingat nak hantar putri balik.Tapi…tetiba.

“Assalamualaikum dar…”sapa seseorang dari belakang.Haidar menoleh.
Kelihatan seorg lelaki sebaya dia.muda dan hensem.lengkap berkopiah.Haidar cuba mengingat.

“waalaikumussalam ..amar kan?”soal haidar cuba mengenal pasti.tangan di hulur.keduanya bersalaman.Lelaki yang berkopiah tu pun mengangguk.pastu dia pun bersuara semula.

“Alhamdulillah..kenal jugak kau kat aku.bila kau balik ni?bukan kau kat oversea ke?buat pe kat sini”soal amar bertalu-talu.

Time tu putri baru keluar dari dewan kursus,lalu depan haidar dan amar.putri menunduk.dia terus berjalan menuju ke parking.Haidar dan amar memandang putri.Dua-dua pandangan penuh makna.
Haidar pun serba salah.Dia pun SMS kat putri.

“tunggu kat parking jap,jap g I sampai..”SMS di hantar.
Pastu haidar pun lupa dah soalan si Amar tadi dah so dia pun cakap kat amar..

“Mar…jap ye,aku ada hal.kita jumpa kat café sana tu jap lagi boleh tak?tunggu aku kat sana.lama ni tak sembang ni..”Pinta haidar serta merta.

“ok.aku tunggu kat sana…”pastu haidar pun gerak sat g parking cari putri.

Haidar cari putri kat parking.tak ada.Dua minit pastu tetiba putri berdiri di belakang tanpa di sedari.

“Assalamualaikum,ada apa…?”soal putri perlahan.

Haidar terkejut sampai terdorong ke depan dengar suara yang tetiba muncul dari belakang.Putri tertawa kecil melihat gelagat haidar.haidar mengerut dahi.pura2 cover malu.

“waalaikumussalam..terkejut I tadi..aduhh…u pegi mana tadi.tetiba muncul,buat org terkejut pulak tu..”Haidar menyoal sambil buat muka masam.aiseh…

Putri masih ketawa kecil sambil memandang si tunang yang mencuka.

“saya dalam keta tadi…”jawabnya selepas itu.

“keta sapa..?”soal haidar.

“keta I laa…”jawab putri sambil tersenyum perli..

“amboi..dah pandai cakap mcm tu..perli lah tu..”haidar buat muka lagi.Putri gelak.

“Mana ade I perli..betullah..i bawak keta pagi tadi ke sini.kenape encik haidar?nak hantar I balik ke?”putri mengusik si tunang.

“I ingat u tak bawak keta..tu yang I nak hantar u balik..”jawab haidar seyes tetiba.

“Takpelah encik haidar…saya boleh balik sendiri.lagipun kita masih tunang,belum nikah lagi.nanti dah nikah ke mana saya nak pergi u kena drive jemput dan ambik I ok?”jawab putri sambil membulatkan matanya yang comel.

Haidar mengangguk.

“oklah kalau mcm tu..u balik dulu k.i nak jumpa kwn lama jap…ape2 hal nanti I msg u ok..?”Haidar meminta diri.

Putri pon berlalu menuju ke keretanya selepas memberi salam kepada si tunang.Haidar melangkah menuju ke café.tetiba handphone berbunyi.SMS dari putri.

“Jangan balik lewat.jangan lupa solat maghrib and rambut tu jangan lupa silakan di’cut’..”Haidar tersenyum membaca SMS putri sambil menggeleng.SMS di balas.

“Yela tuan putri…I will…be carefully…♥”

****************************************************

Sekembalinya dari pertemuan dengan amar petang itu haidar jadi lain.Dia terus mengurung diri dalam bilik.Kedua orang tuanya hairan.3 hari haidar memencil diri tak keluar ke mana-mana.selalunya sejak kembali ke Malaysia nih,dia tak lekang di rumah.keluar memanjang bertemu kengkawan.
Petang tu sambil minum petang bersama parent tercinta haidar pun membuka bicara yang membawa pertengkaran antara dia dan ayahnya.

“Pa..ma..Haidar nak putuskan pertunangan dengan putri.”tetiba haidar meluahkan hasrat utk putus tunang.

“Jangan nak melawak lah petang-petang ni haidar..”jawab papanya sambil meneguk tea tarik di taman depan villa dorang.

Haidar menoleh memandang parent dia.

“no..haidar seyes ni..haidar tak jadi nak nikah dengan putri.Papa ngan mama tolong lah beritahu keluarga putri ye…kalau dorang minta apa-apa ganti rugi kita ganti je..”Jelas haidar.Papa haidar jadi berang.

“Kau dah gila ke haidar…kau ingat putri tu anak patung ke kau nak buat mcm tu.dah 3 tahun dia tunggu kau,kau sukati nak buat dia mcm tuh?”marah papa dia sambil menghempas tangannya ke meja.

Mama haidar pulak menambah.

“Napa haidar ni..tetiba je nak putus tunang.nanti mereka kata apa..persiapan kawin dah lengkap ni..3 minggu lagi nak nikah.Haidar..aduhh,pening mama tau..”Haidar merenung jauh Cuma.

seyes.Entah apa yang bersarang di mindanya…Haidar pastu berpaling memandang papa dan mama.

“Mama dan papa tolong bagitahu putrid an family dia pasal hal ni k.”Haidar pun berlalu dari situ.Papa dia pun bersuara.

“Apa sebab haidar buat semua ni..putri ade salah ke atau haidar yang salah..?”Soal papanya serius.

Haidar menoleh sebentar.
“Haidar yang salah..haidar dah ada orang lain..” Dia pun terus berlalu dari situ dan tak lama kemudian kedengaran deruman enjin ketanya.Haidar membawa diri entah kemana.

***********************************

Berita haidar nak putuskan pertunangan sampai sudah kepada putri.Hancur berderai hati si gadis yang bernama putri ain farhana itu.Tak sangka dalam diam rupanya haidar ada hubungan dengan wanita lain.Pastilah wanita itu sama-sama belajar dengannya di oversea.Begitulah tafsiran putri.Namun putri tidak membantah,bahkan redha dengan keputusan haidar.Walau sebenarnya hatinya terluka dan luka itu sangat dalam dan parah.Dia sedih mengenangkan persiapan pernikahan mereka yang sudah lengkap,kad jemputan sudah habis di edar..Putri menangis di dalam hati.

Dua minggu lepas tu haidar pulak dapat berita yang putri akan menikah dengan jejaka kacak yang cukup dia kenali.Tak sedikit pun dia hairan,bahkan dia melafaz syukur.Walau hatinya sedih tapi di tahan untuk kebahagiaan putri yang baginya sungguh bernilai itu.

“Korang berdua memang sepadan…sama-sama soleh dan solehah.tak mcm aku..serabai.aku memang tak layak untukmu putri walau cintaku padamu menggunung tapi aku takut aku tak mampu membahagiakanmu..”Haidar bermonolog di dalam hati.

Haidar mengimbas semula pertemuan dengan Amar pada petang selepas tamat kursus pra perkahwinan di café.Amar bertanya sesuatu yang mengusik nubari haidar.

“Dar..kau kenal tak gadis yang lalu depan kita depan dewan tadi?”Soal Amar tetiba.Haidar tersedak.Hampir terkeluar dari hidung air tea tarik yang haidar minum.Pastu dia pandang Amar seyes.

“Owh..pempuan yang pakai purdah tu?’soalnya cuba bersahaja.

“Ye..yang tu la..”jawab amar sambil tersengih.

“Kenapa dengan dia..?”soal haidar seyes.sambil2 hirup tea tarik pujaan ramai.

“Erm..aku dah lama perati dia tau.comel lah die mcm tuh.teringin nak ade orang rumah mcm tuh..Aku ingat nak cuba melamar dia..agak2 dia terima tak?”jawab Amar sambil tersenyum riang.

Haidar mengerut dahi pastu dia senyum.Dia soal balik .

“Kau keja apa skang ni mar?”tetiba dia tukar topic.

“Keja aku?Keje biase je.Cikgu sekolah je ni…”jawab Amar merendah diri.

“Ustaz ye kau?hehe..”Haidar meneka.Amar tergelak.

“Mane ade..aku cikgu biase je..betul cikgu biase je…”Jawab Amar acuh tak acuh..Haidar tergelak.

“Kau tak yah nak malu ngan aku la..kau ni rendah diri jugak mcm dulu.Untungla sapa dapat kau nih,hensem,soleh,rendah diri…sejuk perut mak mengandungkan kau mar..keh keh..”Balas Haidar berseloroh.

Sejak pertemuan itu Haidar mula berfikir tentang putri.Berfikir tentang kebahagiaan putri.Dia beranggapan bahawa putri memang sepatutnya memiliki lelaki yang baik dan soleh untuk menjaganya.Akhirnya Haidar nekad putuskan pertunangan dan memberi peluang kepada Amar.Amar sendiri tidak tahu yang dia dan putri sebenarnya sudah bertunang.Dan hari ini Haidar menangis berbaur rasa.Samaada tangisan bahagia sebab putri nak menikah dengan amar atau tangisan kesedihan kerana melepaskan putri yang sangat di cintainya.

3 hari sebelum akad nikah,putri SMS Haidar kata nak jumpa kali terakhir.Haidar mengelak tapi putri sungguh2 nak jumpa.Akhirnya haidar setuju so dorang pun jumpa kat taman permainan tempat kali terakhir dorang jumpa sebelum haidar pergi oversea 3 tahun lalu.

Haidar datang lambat 15 minit.Waktu tu putri sedang tunggu sambil duduk kat kerusi yang ada di taman tuh.

“Assalamualaikum..ada apa?”Soal haidar serius dari belakang.

Putri terkejut dan terdorong ke depan.Putri terkejut dengar suara haidar yang tetiba muncul di situ.
Haidar tersenyum melihat putri macam tu tapi die cover sambil pura-pura batuk.
Putri mengerut dahi.Buat muka mintak kesian.

“Ades..janganla buat mcm tuh kat aku putri.tersiksa aku rasa…makin terluka hati aku..”bisik hati haidar.

Putri membetulkan duduknya.Haidar pula tetap berdiri tak jauh dari situ.
Putri membuka bicara…

“3 hari lagi…putri nak nikah.”suara putri perlahan.Haidar merenung jauh.

“I tahu…tu aje ke yang u nak bagitahu?”soal haidar seyes.

“Putri nak Tanya,betul ke haidar dah ada orang lain?”soal putri dengan suara yang tetiba sebak.

Putri menangis.Haidar paling wajah.Rasa tak sanggup tengok putri macam tuh…

“Ye..memang I dah ade orang lain.pas u kawin ni,I pulak akan kawin…”jawab haidar cuba bersahaja.Allah SWT sahaja yang tahu perasaan dia time tu.sebak yang di tahan-tahan.

“siapa orangnya…?”soal putri lagi.

“U tak yah nak sibuk-sibuk la putri.dah la..ni je yang u nak Tanya.i tak de masa tau tak..! I nak blah dulu…”marah haidar sambil berlalu.

Haidar tak sanggup menjawab soalan itu sebab dia tak ada jawapan untuk soalan itu.dia terjerat sendiri dengan jawapannya pada putri tadi.

Haidar pun melangkah perlahan meninggalkan putri…

“Sampai hati awak…”putri bersuara sebak.

“Haidar yang mendengar kata-kata itu berhenti melangkah.tanpa berpaling memandang putri yang sedang bercucuran airmata dia bersuara.

“Selamat pengantin baru,putri..”Haidar pun terus melangkah dan pergi dari situ.

Dua jam kemudian Haidar yang sedang duduk dalam ketanya terjaga dari khayal bila handphone blackberrynya berbunyi lagu kumpulan mojo.Haidar mengambil handphonenya yang membising tu.Calling dari Mama.Haidar pun menjawab panggilan itu…

“Hello haidar…haidar kat mana?”suara mama gelabah tetiba.Haidar kaget.

“Haidar kat luar ma…jap gi nak balik.napa ma?”jantung haidar dup dap dup dap…
“Haidar dah tahu ke..putri kemalangan.Dia mening..gal di tempat kejadian..Nak pecah kepala haidar dengar berita dari mamanya.

“What??..ma jangan memain ,dar baru jumpa putri tadi..”Airmata mula mengalir dari kelopak mata haidar.

“Betul ni…mama ngan papa on the way ni nak g tempat kejadian..”jawab mamanya sambil tersedu-sedan di talian.

“Kat mana..?”soal haidar lagi.

“Depan taman permainan dekat rumah lama kita…”jawab mama haidar.

“Allah…”Haidar hanya mampu mengucap kalimah itu dan blackberry di tangan lolos dari tangan…

Tamat….

No comments:

Post a Comment