Tuesday 23 December 2014

Mengumpat

Assalamualaikum semua

 sedikit perkongsian untuk pagi ni...

Bismilahhirahmanirrahim. Sebelum kita mula, kita sedekah kan alFatihah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda, muslimin dan muslimat

Baiklah tajuk usrah pada malam ni adalah "Mengumpat"

Mengumpat ialah menyebut perihal orang lain yang akan membuatkan hatinya benci bila mengetahui atau memperkatakan seseorang di belakangnya

Contohnya memperkatakan kecantikan badannya, perangainya, sikapnya atau perkataannya sama ada dalam urusan agama mahupun dunia.

Mengumpat terbahagi kepada 3 bahagian :

. Ghibah
Menyebut sesuatu yang buruk di belakang orang.

. Buhtan
Mereka reka perkara dusta

. Ifk
Menyebarkan cerita fitnah yang didengar.

Kita dilarang sama sekali untuk mengumpat. Ni bukan saya yang cakap. Tapi Allah dah berfirman dalam AlQuran.

Dalam Surah al-Hujurat:12

" Dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah kalau seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentu kamu benci memakannya. "

Mengumpat juga bukan  dengan lidah semata mata. Contohnya dengan menggunakan isyarat anggota badan ataupun tulisan dalam rencana.

Mengumpat juga boleh dilakukan dalam hati. Iaitu sangka sangka buruk terhadap seseorang.

Ada dua cara nak mencegah lidah daripada mengumpat.

1. Ketika marah, terus ambil wuduk.

2. Mengingati larangan Allah dan rasul mengenai Allah.

 Okay saya tahu kita semua susah sangat nak terlepas daripada mengumpat ni. Boleh tahu apa lagi cara ukhti buat untuk 'lari' mengumpat?

Okay kalau saya kan, kalau terjebak dalam group mengumpat ni mesti saya ingat mati.

" Kalau aku atau dia mati dulu and tak sempat mintak maaf macam mana? "

Terus takut nak mengumpat

Ada juga perkara perkara yang dibenarkan dalam mengumpat.

1. Teraniaya
Seseorang itu memperkatakan tentang perbutan penganiyaan yang dilakukan oleh individu terhadap dirinya.

2. Tujuan untuk pengiktibaran.
Contohnya menceritakan kesalahan orang lain kepada seseorang dengan harapan mereka mengambil pengajaran dari cerita tersebut.

3. Meminta nasihat.
Contohnya, membuka keaiban keluarga kepada pegawai agama dengan niat untuk mendapat nasihat.

4. Sebagai amaran.
Contohnya, jika ada sahabat kita ingin berurusan dengan orang yang selalu menganiaya orang lain.
Contohnya, ketua yang zalim, orang yang menyesatkan agama dan orang yang fasiq.

Konklusinya, amalan mengumpat memang dilarang kerana ia berdosa besar dan diibaratkan seperti makan daging saudara sendiri. Allah SWT menganjurkan orang yang mengumpat bertaubat dan meminta maaf kepada orang yang diumpat. Sekiranya khuatir dengan berterus terang akan mendatangkan permusuhan, maka mintalah keampunan daripada Allah sepenuh hati.

No comments:

Post a Comment