Thursday 8 May 2014

Ahmad Ammar, "Suatu Kematian Yang Hidup"

Terima Kasih ya sahaabat sbb menghadiahkan buku mengenai Ahmad Ammar ni .. Selesai jugak membaca buku ni .. Banyak benda yang dapat belajaq daripada Arwah .. Terkesan dengan catatan akhir Arwah ..

"Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak, maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun. Kerana itulah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam dakwah ini."

bersesuaian dengan ayat al-Quran ni :

"Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menggantikan kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)."
(SurahAlRa'du,22)

In shaa Allah, perkara yang baik disampaikan, dikongsi dan diamalkan untuk keredhaanNya bersama .. ^^

"Dunia tempat aku berpenat, Akhirat tempat aku berehat."

#AhmadAmmar

No comments:

Post a Comment