Friday 2 May 2014

Meniti PerubahanKu

Assalamualaikum ..

Yaa .. tajuk yg aku post ni nampak simple kan .. "Meniti Perubahan" .. Namun, sungguh bagiku terlalu banyak perkara yg aku belajar dalam Meniti PerubahanKu .. Bukan senang nak berubah .. kerana dalam perubahan .. perlu juga ada Istiqomah dalam diri ni .. supaya setiap hari kita sentiasa berubah .. Xfaham? Pernah dengar peribahasa ni?

"ESOK ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA HARINI"

Dalam perubahan yang kita mahukan, selalunya kita berharap perkara yang baik kan? Berharap yg kita akan melakukan kebaikan sahaja .. Jarang kita dengar orang mahu berubah yang mahu berubah dari Baik ke Jahat .. kan?? Jadi .. Normal bagi setiap orang yang mahu berubah dari Jahat ke Baik .. daripada melakukan amalan Jahat ke amalan yang lebih Baik .. kan? Namun, harus kita sedar juga .. berubah dari jahat ke baik atau baik ke jahat juga dipanggil sebagai Hijrah .. :)

Sahabat .. andainya dirimu mahu berubah .. maka berubahlah .. ingatlah wahai sahabat .. maut itu juga Rahsia Allah .. kita tidak tahu bila ajal kita akan menjemput kita .. dan apabila kita berjaya berubah .. istiqomahlah wahai sahabat .. In Shaa Allah .. bukan kerana susah kita mahu berubah, pabila senang kita kembali kufur .. jangan begitu wahai sahabat .. tanamkan sifat mahu berubah lebih baik untuk esok hari .. In shaa Allah kita mampu beristiqomah .. :)

"Kamu pasti akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu pasti akan mendengar drpd org yg diberi Kitab sebelum kamu dan drpd org mmpersekutukan Allah, gangguan yg bnyak mnyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yg demikian itu trmasuk urusan yg patut diutamakan"
(SurahAliImran,186)

Namun sahabat, pabila berubah .. kita akan diUji .. oleh siapa ya? Siapa lagi kalau bukan ALLAH SWT .. Sungguh wahai sahabat, ALLAH SWT suka menguji hamba2Nya yang mahu berHIJRAH .. dan janganlah kita mudah berputus asa untuk berubah .. mudah mengalah kemudian kembali kufur .. jangan wahai sahabat .. :'(

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja), sedang Allah belum mengetahui (siapakah) orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil selain Allah, Rasulnya dan orang yang beriman sebagai teman setia. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(SurahAlTaubah,16)

Dalam ayat di atas menjelaskan bahawasanya Allah SWT akan menguji keimanan hamba2 yang mahu berjuang demi agamaNya, agama Islam .. di mana Allah SWT akan menguji hamba2Nya sehinggalah keimanan hamba2Nya terbukti ataupun tidak .. Jadi sahabat .. di manakah tahap iman kita yaa sahabat??

"INGATLAH, ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI HAMBANYA DENGAN SESUATU YANG HAMBANYA TIDAK MAMPU TANGGUNG"

"SEKIRANYA ALLAH MENGUJI SESUATU YANG HEBAT UNTUK KAMU, MAKA KASIH SAYANG ALLAH UNTUKMU JUGA HEBAT"

Sahabat .. andainya ada yang mengatakan kamu hipokrit .. biarkan mereka .. maafkan mereka .. kerana mereka tidak tahu .. hanya Allah dan kamu sendiri sahaja tahu sejauh mana perubahanmu .. bersabarlah .. itu yang terbaik .. kerana Allah suka akan hamba2Nya yang bersabar .. :)

"Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan."
(SurahHud,115)

Aku mengaku .. aku juga tidak terlepas daripada Ujian .. Sungguh .. UjianNya kadang2 bagiku menakutkan aku .. Aku takut aku kembali berpaling daripadaNya .. aku bersyukur dengan kelukaan yang aku terima .. kerana bila aku ditinggalkan, dilukai .. aku merasa lebih senang .. lebih masa .. untuk aku bersama denganNya ..

"Sesungguhnya orang yg munafik itu hendak menipu Allah, tetapi Allah membalas tipuan mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka lakukan dengan malas. Mereka lakukan dengan riyak (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingati Allah kecuali sedikit sekali"
(SurahAlNisa',142)

Sungguh .. aku berubah ini .. untuk mencari keredhaanNya dan juga Rasullullah SAW .. in shaa Allah .. Namun, kadang2 aku diuji .. diuji dengan orang2 sekeliling aku .. diuji dengan orang yang mula melihat kebaikan aku .. diuji dengan orang yang senang dengan perubahan aku .. Ya Allah .. sungguh .. aku bersyukur dengan kehidupanku ini .. Namun, aku berharap janganlah ada perasaan riya' itu mula tumbuh di hatiku .. aku berubah hanya untukMu, ya Rabb .. bukan untuk mencari populariti, berlagak baik mahupun membuat orang jatuh hati terhadapku .. Sungguh, hanya Allah SWT yang memahamiku .. Moga aku tidak tergolong dalam golongan yang munafik .. In shaa Allah .. Amin .. :'(

Sungguh di setiap kali sujudku, doaku, aku berdoa:

"Ya Allah, jika ada rezekiku maka kurniakanlah kepadaku, jika ada jodohku, maka dekatkanlah si dia kepadaku, jika ada (aku hampir) ajalku, maka persiapkanlah aku dengan ajalku."

Sahabat, benar .. percayalah dan berserahlah kepada Allah .. bilamana kita kita mencari keredhaan Allah, kita akan dapat keredhaanNya .. malah kita akan mendapat apa yang kita mohon daripadaNya .. In shaa Allah .. Namun .. bilamana kita berubah untuk mendapat sesuatu yang kita hajati .. memang kita akan dapat .. tapi sayangnya .. mungkin tiada keredhaan daripadaNya ..

"Wahai orang yang beriman ! Janganlah kamu mengharamkan apa-apa yang baik yang telah dihalalkan Allah kepadamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas"
(SurahAlMa'idah,87)

Sahabat .. penting dalam hidup kita untuk mendapat keredhaanNya .. kerana dengan keredhaanNya lah kita kan merasa nikmat dunia mahupun akhirat .. bagaimana ya?
Pastikanlah sahabat .. hidup kita dapat membezakan yang mana HALAL dan HARAM .. In shaa Allah .. Pilihlah kehidupan yang sentiasa "hidup" dalam keadaan HALAL kerana itulah yang mendekatkan kita dengan keredhaanNya .. :')

"Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menggantikan kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)."
(SurahAlRa'du,22)

Moga apa yang aku lalui, sedikit sebanyak dapat dikongsi bersama yaa wahai sahabat .. Bagiku, setiap manusia .. telah Allah aturkan jalan perubahan ataupun "hidayah" yang tersendiri .. Namun, berubah atau tidak itu terletak pada hati kita masing-masing .. kerana itu .. jagalah hati .. In shaa Allah wahai sahabat .. moga mendapat keredhaanNya bersama :')

3 comments:

  1. He knows the best. Have faith. Teruskan perjuangan. Kalau takut terlupa atau tak istiqamah buatlah guideline utk diri sendiri. Pastu tampal dekat tempat yg kita akan tgk setiap hari. InsyaAllah. Dipermudahkan olehNya. Jangan lupa berdoa. ^^

    ReplyDelete